Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

dari dalam sangkar emas part 1

kelmarin hari tidak seperti semalam juga seperti hari ini guruh di langit tidak lagi senada bersama siraman hujan yang mencurah dari awan gelap pekat nun di atas sana kata pujangga jangan curah air di tempayan andai terdengar guruh di langit dari dalam sangkar emas ini akulah seorang pemerhati setia hujan tidak lagi menangis sendu bila dimarahi guruh nan keliru dahulu dunia tidak begitu putaran cuaca menentu selalu musim tengkujuh, kemarau tepat mengikut waktu dari dalam sangkar emas ini aku menjadi pemerhati setia menghitung detik yang berlalu kenangan manis dan pahit suatu anugerah buatku

mengapa ditunggu senja tiba

..assalamualaikum.. ..semoga amal-amal kita seiring pertambahan usia.. ini kisah pertemuan dua orang sahabat yang telah lama terpisah..bertemu kembali di satu kafe yang sama...kisah bermula.... A:C!!lama x jumpa kau..sihat kawan aku sorang ni?? C:alhamdulillah..sihat..kau pulak??bukan main berseri-seri lagi aku nampak.. A:well..biasa la..tengok orang la beb!aku pergi treatment tiap-tiap hari.. C:oh,patutla semakin ceria kawan aku sorang ni..x macam kat U dulu.. A:eh,kau buat apa weekend ni??jom,kita keluar..karok-karok ke..main boling ke..lagipun,lama betol aku x jumpa kau!!jom ar..... C:oh..x bolehla..aku da ada plan bagus punya.. A:apa dia??oh..keluar date ke??huhu.. C:x la..ada kuliah agama kat masjid..jom kita dengar sama-sama.. A:erk???oh..xpela beb..aku ada keje lain la..sori ar.. C:la..nape pulak??jom la..bila lagi nak dengar kuliah macam zaman-zaman kita di U dulu??keje lain la kawan..masa pon da suntuk.. A:ala..muda lagi la..masa ni la nak enjoy..da tua-tua nanti..aku pegila m...

"hujan"

titisan hujan yang turun membasahi bumi yang kini gersang lama bahang panas membakar tubuh membuahkan titik-titik peluh tak berkesudahan kala senja tiba hujan makin galak menangis di dada langit sebak yang bertandang bisa menyejukkan semua yang kepanasan mendung, kilat, juga guruh sepakat bersahabat tidak dipisah bagai irama dengan lagu setia aur dengan tebingnya mengapa dinanti?? hujan turun andai cuma mendengar guruh seorang mengamuk di muka langit nan pekat?? mengapa tidak?? berkawan payung bila hujan bakal menjelma?? letih si hujan menangis muncul pula si pelangi memujuk hati hujan yang luka kenapa pernah.. memandang hujan dan pelangi dengan nada tidak senang sedangkan mereka hanyalah sahabat yang tak kenal erti perpisahan pandangan enteng dari sepasang mata hanya meremeh Pencipta mereka apakah realiti?? bukan panduan untuk tautan ilusi dan pandangan hati?? ...

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

assalamualaikum.. saya terpanggil untuk menyampaikan sebuah hadis yang saya baca berkenaan dengan ujian yang Allah turunkan kepada manusia..bila saya mengamati hadis ini, saya benar-benar terpukul dengan apa yang Rasulullah telah pesankan pada kita sebagai umat baginda.. Benarlah Rasulullah sangat mengambil berat akan hal umat baginda.. Rasulullah saw bersabda(maksudnya): " Lihatlah kepada orang yang berada dibawahmu dan jangan melihat kepada orang yang berada di atasmu, kerana dengan yang demikian lebih patut, agar kalian tidak meremehkan nikmat Allah yang telah diberi kepadamu " (HR Al-Bukhari: 6490), Muslim: 2963, At Tirmidzi: 2513, Ibnu Majah: 4142) Kita sebagai manusia memang tidak pernah mengenal erti syukur barangkali.. Firman Allah yang bermaksud : 78. Dan Dialah yang telah menciptakan bagi kamu sekalian, pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah kamu bersyukur. [23:78] cuma diuji dengan sedikit ujian,kita sudah mula membanding-banding...

IMAN

assalamualaikum.. saya bersyukur masih lagi diberi peluang mengecap nikmat yang Allah kurniakan buat semua hamba iaitu nikmat hidup dan masih boleh bernafas pada hari ini..itulah nikmat supaya kita berpeluang memperbaiki iman, ilmu dan amal kita.. sahabat-sahabat..ayuhlah..kita perbaiki diri..selagi matahari belum terbit di barat..nau'zubillah..ada sepotong hadis yang ingin saya kongsikan di sini..dari page seorang sahabat alam maya..di sini link nya..harap menjadi panduan buat semua yang mencintai sunnah Nabi Muhammad s.a.w. : http://mujahidfillah.blogspot.com/ HADIS :RIWAYAT MUSLIM KITAB : IMAN BAB : Iman Penyebab Utama Masuk Syurga Dan Orang Yang Mematuhi Apa Yang Diperintahkan Akan Memasuki Syurga Hadis Abu Hurairah r.a: Seorang lelaki kampung telah datang menghadap Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku memasuki Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah mengabdikan diri kepada Allah, jangan menyek...

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

assalamualaikum bicara bermula.. saya seperti tersedar semula bila membaca blog seorang sahabat alam maya saya..hilal asyraf..ya..seperti satu tamparan hebat yang telah menyedarkan saya..tentang kematian..ia tak mengenal sesiapa.. saat kematian akan tiba dan kita semua tidak tahu bila kita akan dijemput ke satu alam yang menunggu di akhir hayat kita..bila Allah kata 'kun fayakun'..maka jadilah dengan apa yang telah diaturkan kepada kita sejak kita mula dari alam roh lagi.. walhal kita sentiasa mengeluh bila ditimpa sikit saja cubaan dan dugaan..sedangkan kita lupa..kita ada dua mata untuk melihat sesuatu kejadian itu..sama ada dengan mata hati atau pun mata yang celik yang boleh melihat segala-galanya.. kadang-kadang kita tak sedar yang kita boleh mentafsir sesuatu dengan cara sebaliknya..misalnya..kita melihat pemandangan saujana mata memandang..kita akan berkata selaras dengan otak bahawa cantiknya tempat ni..tetapi pada satu sudut yang lain pula..kita boleh tafsirnya dengan ...