Friday, July 15, 2011

~sulit~


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


kadang-kadang, hidup ini amat sulit untuk dimengertikan..

seperti kata mutiara bernilai..kerana Tuhan bekerja dalam rahsia..

benar bukan?

kadang-kadang, terasa hidup ini amat sukar untuk difahami..rencananya, kisahnya, watak-wataknya, semuanya dalam genggaman Yang Maha Esa..kita manusia yang diciptakan terbatas akal fikirnya..

kadang-kadang, hidup ini amat payah ditafsirkan..rancangan kita tidak sehebat rancangan Dia..penuh kisah kasih pada sesiapa yang mengerti kesahihan kalam-kalamNya..

kisah kita hanya Dia yang mengetahui..kerna kita berada di bawah naungan langit indah ciptaanNya..

kita bertuah berpijak di dunia ciptaanNya..kita beruntung menjadi hambaNya..

kadang-kadang..kesulitan itu akan menjadi indah bila kita sentiasa berpayung pada hujan rahmat dan salju kasihNya..

Kerja Allah tidak pernah rahsia bagi yang mahu memahaminya..~Tn.Rohidzir Rais~


~bacalah dengan nama TuhanMu yang menciptakan!~

2 comments:

  1. alhamdulillah.. :)

    syukran atas kudapan manis utk iman sy malam ni,, :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..=)..untuk hadaman saya juga..=)

    ReplyDelete

 

web site traffic statistics
Palm Harbor Florida Dating