Skip to main content

kemaafan

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang



adakah kemaafan itu perlu pada hari raya sahaja?tidak..bahkan hati kita akan merasa tenang dan senang jika kita memaafkan orang lain sebelum kita tidur..di samping itu..kita fikirkan dan imbas kembali perbuatan kita pada orang lain pada waktu yang sama..mari belajar daripada kesilapan..kata pepatah..nak tau baik kita,tanyalah kawan..dan nak tau buruk kita,mari bertanya pada lawan..


maaf kadang-kadang sukar untuk diungkapkan..apatah lagi bila bertemu empat mata..jangan dibiarkan ego menguasai diri kita dan belajarlah memaafkan orang lain..tiada manusia yang sempurna dan tidak pernah berbuat silap..dengan cara memaafkan,kita akan bisa merasai kelapangan..cubalah..kerana saya juga tidak terkecuali..mari sama-sama kita belajar memaafkan dan memohon maaf..dengan ikhlas hati..

di sini saya ingin kongsikan post yang telah menyentuh naluri saya..dari Abu Umar,langitIlahi V2..


akhir kalam..berundur bukan bererti kalah..mengelak bukan bermakna pengecut..jom koreksi diri!=]..



Comments

  1. Anas r.a. berkata:Bersabda Nabi saw.:Jangan benci-membenci dan jangan hasut(iri hati) menghasut dan jangan belakang-membelakangi dan jangan putus-memutuskan hubungan.Jadilah kamu sekalian hamba Allah bersaudara,tidak dibolehkan seorang Muslim memboikot sesama orang Muslim lebih dari 3 hari [HR Bukhari,Muslim]

    ReplyDelete
  2. Ye, betul tu. Bila kita maafkan orang, hati kita akan jadi tenang. Lagi satu, maafkanlah orang kerna kita juga ingin diri dimaafkan apabila terlanjur melakukan salah...hu~ x gitu?? =)

    ReplyDelete
  3. betul jah..manusia kan x sempurna..kdg2 kita wat salah kat org..kita x sedar,kan..jadi kena saling maaf-memaafkan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

perjalanan

ku telusuri perjalanan panjang hidupku, pelbagai perkara datang dan pergi, semuanya menjadi kenangan yang manis juga pahit yang pastiku simpan dalam kotak kenangan lama sudah rasanya tak berkelana  menjenguk bumi Tuhan menjengah jejak-jejak pengajaran yang mungkin wujud pada satu-satu penciptaan Tuhan memujuk diri dengan kelana yang panjang sukar.. menjadi sabar dan redha tak sesukar mengungkapkan kata-kata suruhan  untuk berbuat demikian lantas aku sering berfikir apakah hikmah di balik tiap kejadian yang aku alami selalu buntu menemani diri akankah berulang? mungkinkah selamanya? sampai bila semua ini perlu berlaku? apa yang perlu aku lakukan? redhakah aku? sekuat mana aku boleh bersabar? kotak fikirku jadi tepu berlegar-legar mencari satu jawapan mungkin.. x seberat pada pandangan mata insan namun yang merasai terasa berat bebanan yang ditanggung namun kala hati dipujuk iman dengan kalam Tuhan saat e...

..........

terkadang, rasa derita itu terasa akan terus berpanjangan, tapi, bila kita beriman dengan Tuhan Semesta Alam, kita tahu,  semua yang berlaku itu ada sebab tersendiri.. tiadalah Dia menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia,  pada orang yang mahu berfikir.. selalu terjumpa ayat-ayat ini, dalam Al-Quran.. rasa terkilan, rasa menyesal, segala bagai perasaan yang menjerut hati.. jadi tenang, mungkin bukan sepenuhnya.. tapi,rasa tenang itu tetap ada.. kerana seorang Islam itu diajar untuk bersikap redha.. beriman dengan Qada' dan Qadar.. selalu, ada insan-insan yang terkesan memujuk hati.. mungkin bukan secara berhadapan, ataupun punya masalah yang kita sendiri tak tahu, apa masalah yang dia hadapi... tapi, kerana dia juga beriman, kami berkongsi solusi, atas dasar yang sama.. terkadang, kita rasa kita sudah cuba yang terbaik, tapi,tetap, ujian itu selalu ada.. untuk setiap hamba-hambaNya.. ketidakpastian itu, pasti akan ada...

rindu menggunung: dia+ibu+ayah

RINDU.. pada segugus senyuman milik dia pengubat dan kekuatan yang Tuhan beri pada dia, dalam hidupku, Tuhan menciptakan dia,  dan memberi keizinan untuk dia berkongsi hidup denganku.. kadang-kadang,  ketidaksempurnaanku, dia lengkapkan, dan begitu juga aku harapkan sebaliknya, padanya.. bila rindu, selalu aku khabarkan pada ibu.. perihal dia, sambil ketawa, tersenyum, sering juga dengan airmata, mengenangkan perangai dan tingkahnya yang mencuit atau mengguris naluri kecilku, berkongsi, meminta nasihat, pandangan dari ibu yang sudah lama makan garam dari anaknya ini.. dan ibu pasti kata: 'anak ibu mesti rindu ni..dari tadi asyik bercerita perihal dia..' 'anak ibu ok?' ibu.. benarlah ibu itu lebih mengerti perasaan dan laku anak-anaknya, meski jauh terpisah beribu batu, namun gerak hati ibu seakan dapat membaca diari hidup anak-anaknya.. kuasa Tuhan yang satu.. 'anak ibu sihat?' 'kenapa diam, nak?' ...