Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

~kerana dirimu begitu berharga~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ duhai muslimah, dirimu tercipta begitu berharga jangan kau sia-siakan dirimu duhai temanku tidakkah kau tahu menutup aurat itu bukanlah satu kekurangan..malah ianya sebagai menghormati dirimu sendiri.. tidak mahukah dirimu menjadi permata yang sangat bernilai dan berharga? bukankah permata itu sentiasa disimpan rapi sebelum dimiliki oleh seseorang yang sangat membutuhkan kamu? kemudian dipakainya dan dijaganya sebaiknya.. itulah perumpamaan kamu duhai temanku.. dirimu tercipta dari rusuk lelaki bukan dari kaki untuk dialasi bukan dari kepala untuk dijunjung tapi dekat di bahu untuk dilindung dekat jua di hati untuk dikasihi engkaulah wanita hiasan duniawi mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok jika datangnya dari kayu yang bengkok begitulah peribadi yang dibentuk didiklah dirimu dengan keimanan bukan dengan harta atau kepujian kelak tidak derita berharap pada yang binasa dengarlah teman kerana dirimu begitu berharga ayuh sama-sama kita jaga au...

Sinergi_Kita dan Mereka

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ saya sedang bersemangat memenuhi masa terluang dengan membaca sinergi kembali..dan kali ini saya akan bercerita tentang sinergi pula.. Sinergi ..kerana iman,kita disatukan.. 1+1=3 ~ mereka itu penjahat kita adalah malaikat Itu bukan di tangan kau untuk putuskan mungkin sahaja bertukar sebelum kiamat maka pandanglah dengan iman nanti kau akan nampak ruang kesatuan ~ " Hidayah adalah milik Allah. Mereka yang faham, tugasnya menyampaikan, bukan menghukum " hanya yang pernah membaca sinergi faham akan maksud saya.. Sinergi benar-benar tak mengecewakan akal dan jiwa manusia yang mendambakan kasih-Nya.. bacalah kalian!dengan nama Tuhanmu yang menciptakan! baca dan fahamilah!

~Matahari : Sang Penyeru~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Sang Penyeru membuatkan air mata saya menitis..bulu roma saya meremang..lantas terucap kalimah suci Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad saw sebagai pesuruh Allah..beristighfar saya untuk kesekian kalinya.. imaginasi penulis tak terjangkau dek akal fikiran saya membuatkan saya berasa seperti berada di dalam cerpen tersebut.. benar kata Nabi Muhammad saw: "Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan dagang, dan ia akan kembali dagang sebagaimana datangnya ia. Maka beruntunglah mereka yang dagang" ya!berbahagialah kiranya yang sentiasa dalam petunjuk dan hidayah-Nya.. " Walau seluruh manusia menolak kehadiran Allah, Dia tetap ada, menguasai dan kekuasaanNya tidak pernah kurang waima manusia tidak mempercayaiNya. Semua manusia tetap tidak mampu memberikan mudarat kepadaNya, atau kepada manusia yang lain tanpa izinNya. Allah itu Kaya. Sesiapa yang berpaling daripadaNya tidak menjadikan kekayaanNya itu kurang walau sedikit pun ...

mission possible part 2

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ alhamdulillah..berkesempatan menyambung cerita saya sebelum ianya luput dari ingatan.. usai LDK1 selesai, kami kemudian meneruskan program kumpulan kami dengan LDK2..kami menyuruh mereka menyenaraikan persamaan dan perbezaan antara diri mereka dengan idola-idola mereka..Nabi Muhammad s.a.w. patut menjadi idola bagi setiap Muslim..akhlaknya akhlak al-Quran..tiada siapa dapat menandingi karisma yang dimiliki baginda..justeru, ianya patut menjadi contoh terbaik dalam kehidupan.. kebebasan kami beri dalam memilih idola selain baginda kerana umum mengetahui baginda sangat cemerlang akhlak dan sahsiahnya..ada yang menyebut ayah dan ibu sebaga idola, ada juga menyenaraikan cikgu-cikgu mereka sebagai idola dan ada juga yang menyebut pelumba kereta dan paling saya tidak akan lupa, Bill Gates sebagai idolanya..kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang dimiliki mereka patut digilap lagi..bukankah mereka itu aset Islam?siapa lagi yang perlu bertanggungjawab mend...

~Hamba~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Engkaulah yang Maha Pengasih Engkaulah yang Maha Penyayang Engkaulah yang Maha Pengampun Engkaulah penerima taubat Rintihanku dengarlah deritaku kerna dosaku Pengaduanku terimalah, permintaanku dengarkanlah, Deritaku dengan dosa dan noda Di atas perbuatanku Aku memohon dengan rahmatMu Tuhan Ampunkan dosa-dosaku Jadikan ketakutanku mensyafaatkanku di akhirat nanti Aku mengadu padaMu Tuhan Engkau adalah tempat mengadu Tiada siapa dapat mengampunkan Kecuali Engkau wahai Tuhan Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dengan nikmat iman dan IslamMu

~sunnah berjuang~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Kesenangan yang datang Tak akan selamanya Begitulah selepas susah ada kesenangan Seperti selepas malam Datangnya siang Oleh itu waktu senang Jangan lupa daratan Gunakan kesempatan untuk kebaikan Sebelum segalanya terlepas dari genggaman Kelak menyesal nanti tak berkesudahan Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa Jangan difikir derita akan berpanjangan Kelak akan membawa putus asa pada tuhan Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali Ujian adalah tarbiyah dari Allah Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya Kesenangan yang datang selepas kesusahan Semuanya adalah nikmat dari Tuhan adik, matahari itu cantik,kan? lagu ini khas untuk along,achik dan adik.. Berjuang menempah susah Menanggung derita menongkah fitnah Itulah gelombang hidup samudera duka Seorang mujahid membela tauhid Dipisah dia berkelana Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah Namun jiwa tetap mara memburu cinta Membara demi Allah dan rasulNya Berjuang tak...

~sahabat~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ satu persatu rakan-rakan saya pergi meninggalkan bumi ilmu ini..sayu..itu yang mampu saya zahirkan..setelah bertahun-tahun mengenali mereka, pelbagai ragam dan gaya yang dimiliki, namun persahabatan itu tetap kukuh bila sampai ke akhirnya.. persahabatan itu indah kan? buat rakan-rakan saya yang pernah mewarnai hidup saya di bumi ilmu ini, terima kasih kalian..perhatian, semangat, nasihat, serta untuk semuanya, terima kasih yang tak terhingga.. saya pasti merindui kalian..maafkan salah dan silap saya, jangan disimpan dalam hati.. ..terima kasih.. ~ kesayuan menggamit naluri ~ I'm gonna miss them..May God bless them always..seriously, my tears are coming out especially when I read this: kepulangan-ke-rmh ..T_T

mission possible part 1

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ melihat mereka datang bersama-sama rakan-rakan, saya mula rasa gementar. Pertama kali bergelar fasilitator, tanpa pengalaman, saya yakin Allah akan membantu saya dan teman-teman. niat saya betulkan sekali lagi. walau siapa pun mereka, biarpun latar belakang mereka berbeza, saya perlu melakukan LDK-LDK yang telah dibincangkan dengan sempurna dan baik. kerana mereka adalah aset negara, apatah lagi mereka semuanya seorang Muslim. mereka adalah generasi yang mampu menggegar dunia. mereka aset Islam.. senyum saya ukirkan seikhlas mungkin, sedang dalam hati, Allah saja yang tau betapa gementarnya saya. dalam fikiran apatah lagi. Pelbagai kemungkinan saya fikir. Kata orang, pandangan pertama sudah boleh menggambarkan peribadi seseorang itu. saya tak mahu mereka berasa terpaksa datang. kerana itu, kami mengalu-alukan kedatangan mereka sebaiknya. matahari mula menampakkan sinarnya. semakin ramai pula datang, berpusu-pusu dihantar oleh ibubapa atau pun menaiki ...

~Matahari-Palestina~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ assalamualaikum w.b.r. senyap sunyi saya di sini..lama rasanya x menulis..rindu..saya juga sedang rindu pada kenangan dengan sahabat2 saya di UTM..ada yang bercadang mahu menyambung pelajaran, ada juga telah mendapat tawaran kerja..itulah serba sedikit hidup yang patut dilalui semua orang setelah tamat pengajian..benar,kan?namun, kita di sini sangat damai dan tenang dalam melalui kehidupan, tidak seperti saudara-saudara seIslam kita di luar sana yang senantiasa berperang untuk menegakkan Islam.. ku telusuri kehidupan mereka di kaca-kaca tv hatiku terusik melihat penderitaan mereka tapi aku kagum semangat mereka mempertahankan agama suci ini walau dengan batu-batu kecil di tangan maluku dengan diriku pengecut ini tiap hari mereka bermandikan darah aku selesa menuntut ilmu di sini mereka siapa? aku siapa? mereka seaqidahku mereka saudara-saudaraku kenapa sikit sekali aku peduli? mereka sakit aku cuma mampu melihat mereka derita namun sikit sekali hulura...