Monday, May 16, 2011

~Matahari-Palestina~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


assalamualaikum w.b.r.

senyap sunyi saya di sini..lama rasanya x menulis..rindu..saya juga sedang rindu pada kenangan dengan sahabat2 saya di UTM..ada yang bercadang mahu menyambung pelajaran, ada juga telah mendapat tawaran kerja..itulah serba sedikit hidup yang patut dilalui semua orang setelah tamat pengajian..benar,kan?namun, kita di sini sangat damai dan tenang dalam melalui kehidupan, tidak seperti saudara-saudara seIslam kita di luar sana yang senantiasa berperang untuk menegakkan Islam..

ku telusuri kehidupan mereka di kaca-kaca tv
hatiku terusik melihat penderitaan mereka
tapi aku kagum
semangat mereka mempertahankan agama suci ini
walau dengan batu-batu kecil di tangan

maluku dengan diriku pengecut ini
tiap hari mereka bermandikan darah
aku selesa menuntut ilmu di sini

mereka siapa?
aku siapa?
mereka seaqidahku
mereka saudara-saudaraku
kenapa sikit sekali aku peduli?

mereka sakit
aku cuma mampu melihat
mereka derita
namun sikit sekali
huluran tangan yang aku mampu lakukan

Yahudi Nasrani itu
sesekali tak akan menyenangi
sehingga kamu mengikuti mereka

apakah aku belum lagi terislah?
untuk bangun berjihad seperti mereka

apakah aku seperti buih-buih di lautan itu?
Ya Allah
jauhkan aku daripada 'wahn'

aku bukan Khalid al-Walid,
bukan juga Hasan al-Banna
namun aku mampu
mencontohi mereka
untuk mengislah diriku
juga sahabat-sahabat seIslamku
moga aku istiqamah di jalan ini
Ya Allah
kuatkan imanku

usai membaca Warkah dari Palestina dan Aku Memanggil Kamu di dalam Matahari, saya terfikir bantuan saya kepada sahabat-sahabat seIslam saya di Palestin yang sehingga hari ini belum menerima damai yang sebenarnya..

andai kelak saya dipersoalkan berkenaannya, mampukah amal-amal saya menjawabnya di hadapan Pencipta?

~tazkirah diri~





6 comments:

  1. jom kita doa, derma & sebarkan perkembangan Palestina.. di samping tu kuatkan iman dalam diri ^^

    ReplyDelete
  2. ya gadis semalu..itu yang boleh kita lakukan sekarang!Allahu Akbar!x siapa yg boleh mengalahkan kuasa Agung Nan Tertinggi itu.. doaku untuk Palestina dan sahabat seIslamku di sana..

    ReplyDelete
  3. Entahlah....
    Kakak pun rasa seperti adik juga
    tapi tatapan kita sekadar mampu bersimpati
    menghulur bantuan sedikit sekali
    itupun entah kesampaian entahkan tidak
    Allah....
    lindungilah saudaraku itu
    hapuskanlah yahudi laknat
    Amin....

    ReplyDelete
  4. Tidak beriman kita lagi jika kita tidak merasa apa-apa apabila saudara (sesama islam) ditindas...

    ReplyDelete
  5. kakzie,
    sama2 kita mendoakan mereka kak ye..

    ReplyDelete
  6. Minda Malay,
    kerana Islam itu bersaudara..

    ReplyDelete

 

web site traffic statistics
Palm Harbor Florida Dating