Sunday, May 22, 2011

mission possible part 1


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

melihat mereka datang bersama-sama rakan-rakan, saya mula rasa gementar. Pertama kali bergelar fasilitator, tanpa pengalaman, saya yakin Allah akan membantu saya dan teman-teman. niat saya betulkan sekali lagi. walau siapa pun mereka, biarpun latar belakang mereka berbeza, saya perlu melakukan LDK-LDK yang telah dibincangkan dengan sempurna dan baik. kerana mereka adalah aset negara, apatah lagi mereka semuanya seorang Muslim. mereka adalah generasi yang mampu menggegar dunia. mereka aset Islam..

senyum saya ukirkan seikhlas mungkin, sedang dalam hati, Allah saja yang tau betapa gementarnya saya. dalam fikiran apatah lagi. Pelbagai kemungkinan saya fikir. Kata orang, pandangan pertama sudah boleh menggambarkan peribadi seseorang itu. saya tak mahu mereka berasa terpaksa datang. kerana itu, kami mengalu-alukan kedatangan mereka sebaiknya.

matahari mula menampakkan sinarnya. semakin ramai pula datang, berpusu-pusu dihantar oleh ibubapa atau pun menaiki bas mungkin. kaki saya terikat di bahagian makanan dan minuman bersama seorang teman. alhamdulillah, biar pelbagai ragam yang saya jumpa, mereka juga tak kurang hebat dengan semangatnya.

"MISSION POSSIBLE". Kejayaan mereka yang kami dambakan. Tiada yang mustahil untuk berjaya. Semuanya dikurniakan akal fikiran dan tubuh badan. Justeru, usaha dan tawakal mesti ada. saya juga bukanlah seorang fast learner ataupun gifted. dengan itu, saya mahu mereka berusaha dan saya berazam mahu memotivasikan mereka. saya tidak mahu mereka menerima pengalaman seperti saya. siapa yang tidak pernah gagal? yang pasti orang yang gagal adalah orang yang tidak pernah bangun semula selepas mereka gagal.

muka mereka saya tatap satu-satu saat mereka beratur mengambil makanan dari kami berdua. saya mahu mereka merasai kasih sayang itu. kasih seorang kakak kepada adik.
dengan teamwork fasilitator yang hebat dan berpengalaman, saya cuba cungkil dan belajar daripada mereka serba sedikit. first experience katakan. saya suka menghadiri kem-kem seperti ini, kerana saya belajar banyak perkara daripadanya. sebelum ini cuma menjadi peserta, tetapi hari ini, saya menjadi fasilitator untuk orang lain..what a superb experience!

selesai sesi pendaftaran, kami bergerak beramai-ramai ke kawasan lapang di belakang masjid. ketua fasilitator mula menjalankan tugasnya..setelah semua dibahagikan kepada kumpulan masing-masing, kami bergerak semula ke kawasan sekeliling masjid. aktiviti-aktiviti sebegini patut diterapkan kerana masjid bukan hanya tempat untuk bersolat,tetapi juga ia tempat ilmu dan tempat membina sahsiah diri.

ramai sekali ahli-ahli kumpulan saya..saya pandang muka mereka satu persatu..saya tatap muka mereka dengan kasih dan sayang. saya berdoa dalam hati agar Allah mempermudahkan urusan kami sehingga akhir majlis. Surah alam Nasyrah saya baca untuk perasaan yang tak menentu itu.

sesi perkenalan dimulakan. saya dan seorang teman yang berpengalaman dipertanggungjawabkan untuk menjaga kumpulan 1 ini. mulanya saya agak kaku untuk berinteraksi bersama-sama. mujur teman saya mampu menutup kelemahan saya. saya cuba belajar darinya. caranya berinteraksi, the sense of humor yang beliau ada, saya cuba adaptasikannya pada diri saya.

*to be continued*

: post mortem akan dijalankan sebentar lagi :

2 comments:

  1. wah, di msi ke ni b?
    Program apa ye?

    Ce citer.. cer citer..

    Tak sabar nak tgu sambungannya..^^

    ReplyDelete
  2. bukan jah..kami nak carik sponsor GOP,wat program ni,kat masjid jamek bandar senai..nanti kita sambung ya..

    ReplyDelete

 

web site traffic statistics
Palm Harbor Florida Dating