Saturday, May 7, 2011

~pokok@rumput~


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


bunyi mesej kedengaran..dari Along..

"jika kita boleh jadi pokok, jadilah pokok yang paling tinggi, jika tak mampu, kita masih boleh jadi rumput..tapi jadilah rumput yang paling hijau"

syukran Along..aku terharu..ini mesti Umi ada cerita pada Along tentang ke'jealous'anku pagi tadi..

********
"assalamualaikum..Mama sihat?Mama buat apa tu?"

"Waalaikumussalam..sihat alhamdulillah..Mama baru lepas sarapan..Anak Mama dah sarapan?"

"Mama, jealous nya kita.."

tanpa sedar, air mata mengalir membasahi pipi..

perbualan diteruskan..

"X apa nak..rezeki orang lain-lain..masing-masing punya rezeki Allah dah tetapkan,kan.."

tiba-tiba..tut...tut....talian terputus, kredit x mencukupi rupanya..

Sejuk hati mendengar nasihat Umi..Mama, terima kasih..sayang Mama..

*******

"dan nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
[Surah ar-Rahman]

*******

tipulah kalau ku katakan aku x cemburu dengan kejayaan seseorang..nama lagi manusia, mesti punya sifat-sifat mazmumah yang perlu diri sendiri kuasai sebaik mungkin..

Namun bila melihat kelebihan yang berada di sekelilingku..punya ibu ayah yang memahami..punya adik-beradik yang sentiasa memberiku dorongan dan semangat..

Nah!cemburuku mungkin boleh menjadikan aku untuk berusaha dengan lebih kuat, supaya mungkin boleh berjaya sepertinya satu hari nanti..mana tau,kan?

jadi, aku perlu berusaha sebaik mungkin! tapi, mesti dengan niat yang betul..Belajar itu kan satu ibadah..Aku perlu memperbetulkan niatku dan melihat ianya sebagai satu rahmat pemberian untuk aku belajar lebih bersyukur atas apa yang aku miliki..untuk menjadikanku lebih bermotivasi..

Semangat itu telah aku dapat semula! Syukur Ya Allah atas kalamMu..Terima kasih Umi dan Along kerana menceriakanku kembali..

aku harus cemburu pada amalan seseorang..ya! amalan itu yang akan dihitung kelak! tapi kadang-kadang, cemburu pada sesuatu yang bersifat kebaikan, ada juga bagusnya,kan?nampaknya, aku belajar sesuatu hari ini..tanpa aku sedari..


~cemburu itu harus berpada-pada~


2 comments:

  1. salam alaik dear.

    hu. akak hanya mampu tersenyum.
    masing-masing ada bahgian masing2.
    masing-masing ada peranan masing2.
    masing-masing ada kelebihan masing2.

    gilap dan usahakan yang terbaik mungkin demi islam neh.


    syg slalu!~

    ReplyDelete
  2. tima kasih akak..terharu sudi singgah di sini..

    ReplyDelete

 

web site traffic statistics
Palm Harbor Florida Dating