assalamulaikum w.b.rbertemu kembali sahabat-sahabat alam maya saya
saya doakan kalian sihat sentiasa dan dirahmati Allah walau di mana kalian berada
doakan untuk saya juga ya..^_*
syukran..
terpikat dengan bait-bait lagu ini
mari sama-sama kita umpil makna tersirat nya
mesti ramai yang pernah dengar nasyid dendangan mestica ni,kan??
saya suka dengan muziknya, bait-bait madah nya yang tersirat dan tersurat..
~destinasi cinta tajuk diberi~
mari sama-sama kita renungi
eh,berpantun pulak saya..(^_^)
terimalah..
~destinasi cinta~Ku menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapakDebu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata Yang bisa memadamkan api nerakaAndai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari Sebenarnya terlalu hampirHanya kabur kerana dosa di dalam hatiTelah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungiGelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi Selagi denyut nadi belum berhentiDurjana syaitan kan cuba menodaiSegumpal darah bernama hatiLestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Musuka x??(^_*)
teringat kekhilafan diri dalam mentafsir cinta..
rupa-rupanya syaitan sentiasa ingin menguasai anak adam
walau dimana..jua ketika..
"
Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam"
ampunkan dosa-dosaku Ya Allah
tanpa sedar..
selagi denyut nadi belum berhenti..
durjana syaitan kan cuba menodai
segumpal darah bernama hati
selagi kita masih bernyawa dan bergelar manusia yang mempunyai jiwa
dia xpernah akan berhenti mengganggu kita
sehingga kita mengikut petunjuk dia
sungguh durjana sikap syaitan itu!
lantas dia akan mentertawakan kita di akhirat kelak
kerana telah berjaya menyesatkan kita
jauh dari keimanan sebenar kepada Allah
selamat bermujahadah buat saya..juga teman-teman saya..
dalam melawan hawa nafsu dan kata-kata syaitan
yang selalu ada bila kita lalai dan leka
dari mengingati Allah
sekian dari saya
untuk cuaca petang yang sangat mendamaikan ini
~air mata yang gugur kerana takutkan Allah itu lebih bermakna dari segala air mata yang tumpah di muka bumi ini~
boleh dengar nasyid tu di sini
http://www.youtube.com/watch?v=o0Wq8sJcSqs
antara doa-doa dalam memohon ketetapan hati:
rujukan : motivasi diri; ubat hati; Ustazah Siti Nor Bahiyah
1. "Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada
jalan ketaatan kepada-Mu" [Riwayat Muslim]
2. "Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami
kepada agama-Mu" [riwayat al-Tirmizi, Ahmad dan al-Hakim, dianggap sebagai sahih oleh
al-Hakim dan al-Zahabi]